Tuesday 8 October 2013

Continuous Professional Development CPD

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 dalam anjakan 4 
----->memberi fokus terhadap peningkatan kualiti pembangunan profesionalisme guru.  

Program Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0) 
----->mencadangkan piagam baharu guru yang meliputi pembangunan profesionalisme berterusan (Continuous Professional Development - CPD). 

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) ke-202 pada 16 Julai 2013 yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Pendidikan Malaysia 
----->memutuskan agar CPD dilaksanakan bagi  menjamin dan meningkatkan kualiti guru secara berterusan. 


DLSM

Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah ditetapkan iaitu setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri / dilengkapkan dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian, melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan. 

STANDARD 
GURU MALAYSIA

Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran P&P yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan.

SGM digubal untuk mengenal pasti :-

Tahap kompetensi profesional guru dalam aspek
  • Amalan nilai profesionalisme keguruan
  • Pengetahuan dan kefahaman
  • Kemahiran pengajaran dan pembelajaran
PRINSIP PEMBINAAN CPD

  • Kompetensi yang dibangunkan bagi setiap gred PPP mengikut laluan kerjaya dan kandungan latihan menjurus kepada peningkatan pembelajaran dan keberhasilan murid
  • Amalan dan teori perlu disepadukan dalam latihan
  • Kompetensi yang dibangunkan memenuhi keperluan kemahiran pembelajaran abad ke-21
  • Kompetensi yang dibangunkan bagi setiap gred melangkaui kompetensi yang dinilai dalam instrumen bersepadu


DEFINISI
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) adalah usaha bersepadu bagi memastikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melengkapkan diri atau dilengkapkan dengan pengetahuan profesional, kemahiran profesional dan nilai serta amalan profesional keguruan melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang terancang berteraskan pembangunan kompetensi, pembelajaran berterusan dan laluan kerjaya.

OBJEKTIF
  • Meningkatkan kualiti guru dan kepimpinan/pengurusan pendidikan secara berterusan. 
  • Memastikan PPP memperoleh (acquire), menambahbaik (improve), menguasai (master) dan berkongsi (share) kompetensi untuk keberkesanan PdP, keberhasilan serta kemenjadian murid. 
  • Menggalakkan PPP mengikuti latihan terancang dan sistematik yang merangkumi sesi latihan, pembelajaran dan pembangunan kendiri. 
  • Memenuhi keperluan PPP mengikuti kursus wajib CPD sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh gred semasa.
MODE KURSUS CPD

5 hari 4 malam ( 30 jam )

Sesi pembelajaran :
Ceramah
Andragogi
Interaktif
Bengkel
Permainan:
Sumbang saran
Penilaian:
Pemerhatian secara holistik


PERATURAN:
  • Mesti menghadiri setiap slot / tandatangani kehadiran
  • Melantik seorang Penghulu / Ketua Kumpulan
  • Kembalikan peralatan yang dipinjam
  • Dilarang merokok 
  • Sentiasa menghormati majlis 
  • Tidak melanggar peraturan
  • Berpakaian formal 
  • Penggunaan telefon bimbit
KRITERIA PEMERHATIAN

DISIPLIN 
kehadiran, tingkahlaku, ketepatan masa 

PERSONALITI
etika berpakaian, komunikasi 

KOMITMEN
penglibatan dalam aktiviti 
kerjasama kumpulan 

**** Sijil kursus akan dikeluarkan melalui Jabatan Pendidikan Negeri .
Peserta kursus yang tidak melengkapkan kursus CPD ( minima 85% atau melebihi 270 minit ) tidak akan diberi sijil dan dikehendaki mengulang semula kursus berkenaan.


Pesanan Sukarno - 1966

Jika mahu cemerlang, kita mesti punya harta, rupa, gaya dan bahasa.

Jika mahu gemilang, kita mesti miliki berani, isi, bukti dan ilusi.

Jika mahu terbilang, kita mesti ada keistimewaan, kebijaksanaan, kemanusiaan dan ketuhanan.







No comments:

Post a Comment